CFCZ
Friday, November 30, 2012 | 0 comments
Assalammualaikum semua! First of all, thanks sebab baca post saya sebelum ini. Haha! Okay dalam post ini, saya nak luahkan segala isi hati saya tentang seorang ini. Kalau siapa kenal saya, atau dapat tangkap siapa orang itu ATAU dapat baca from tittle di atas, senyap senyap ye? Dalam ni, no names will be revealed. Semua nama rahsia!--------------------------------------------------------------------------------------------
Duduk di SEGi ni, banyak benda yang aku telah belajar. Dalam hal kawan, pelajaran dan juga cinta. Memang kalau korang baca ini, mesti korang kata, 'jijik la. Jiwang benar' Didot tak halang korang nak cakap apa. Lain orang lain pendapat tetapi kalau korang sudi baca juga, thank you/terima kasih sebab setia dengan blog saya yang tak sebeberapa ini.
Didot nak mengaku, didot ni dulu boleh lah dikatakan player. Oops! Pelik tapi benar. Didot punya la banyak EX boyf sampai nama nama pun dah lupa. Tetapi satu benda yang pelik tentang didot ni, didot tak pernah nak cakap perkataan 'break' kepada bekas bekas didot. Bagi didot, didot akan rasa bersalah kalau cakap perkataan tu. So, didot yang akan tunggu untuk EX boyf didot yang sebut.
Didot dulu, tak pernah nak setia sangat pun. Ada jugakla nak crush ini, crush sana WALAUPUN ada boyf dah. Mungkin sebab tu kot, tuhan yang maha adil membuatkan didot, sampai sekarang single and tiada siapa nak. Sudah lama jugak didot membujang. Haha! Tapi entah kenapa, didot tak rasa nak cari sangat orang untuk teman didot. Sehingga laaa masuk SEGi ini. Mula mula masuk, tiada siapa yg dapat menarik perhatian didot lagi. Didot punya status : Single and Available.
First few weeks dekat SEGi tu, hati macam taknak mencari. Sehinggalah terjumpa dengan satu mamat cina ni. Okay, ingatkan macam nak jatuh cinta, tetapi tak ada yang berkembang pun. Memang kita dua hangout and lepak together and makan sama sama but, relationship kita macam tu saja. Macam aku yang terkejar kejar, tetapi dia anggap didot ni hanya kawan saja. Sehinggalah dia pergi practical di Cameron, baru yg didot sedar, didot bukan cinta pun dengan dia. Puppy love saja. Nothing more.
Pada masa yang sama, batch August masuk dalam kelas didot. Okay, meriah sikit kelas kita. Finally! Tak ada la beberapa senyap pun. Dalam batch tu, didot hanya notice satu saja. Lelaki melayu. My first impression, comel. Sangat comel. Dengan glasses dia lagi. Aummm, suka sangat. Haha! Tetapi hati tak tentu lagi time tu, rasa macam crush ala ala je. Lagipun, orang macam tak setuju je. So, didot berundur je. Walaupun hati ni kata, nak sangat kenal dengan dia ni!
Esok hari, didot tanya nama dia. Didot tanya dia dengan penuh garang tetapi, Ya Allah, hati berdegup kencang bagai nak rak! Dengan poker face, didot bersembang sakan dengan dia. Maybe ada peluang kot? Tetapi, peluang tu macam terkurang bila kawan didot pun sama minat dekat dia. Didot sedih and sayu je time tu. But sebab kan time tu, didot masih dengan budak cina tu, didot mengalah and bagi kawan didot chance dengan lelaki itu walaupun hati ni berat nak lepaskan. But, sebabkan sayang dekat kawan perempuan didot tu, I let him go.

Tiba tiba, didot rasa sangat bersyukur kepada Allah sebab dia sudah ada boyf and dia pun nak keluar dari segi. Mungkin ada juga peluang aku :') semakin lama, semakin hati bertambah suka dekat si dia ini. And didot dapat jugak kenal dia dengan lebih mendalam. Bila akhirnya, didot ada berani untuk meluahkan perasaan didot yg telah lama memendam ini, didot ajak dia lepak sesama. Malam tu sebelum kita balik, didot panggil dia and luahkan perasaan didot. ' Sebenarnya aku dah lama suka dekat kau... ' ayat skema tahap habis habisan! Tetapi, buat muka yang sangat laa tebal. Dia senyum, macam ada chance ni. Dia tanya, apa yang membuatkan didot suka dekat dia.
1. Agama dia yang dapat memimpin didot.
2. Personality dia yang sentiasa membuat didot lebih tertarik kepada dia.
3. Didot nak selamatkan dia daripada orang yang hanya nak menggunakan dia
4. Didot nak bimbing dia dengan dunia luar
5. BONUS : Dia sangat la comel :')
Wow, memang Didot lepaskan segalanya apa yang didot pendam selama ini. Dia tanya, now dia nak kita jadi ape? Didot cakap, kalau boleh ada relationship but didot taknak SEKARANG jugak. Didot nak jadi kawan dia lebih dahulu and kenal dia lagi rapat.
Ingatkan everything goes well, until... '' Aku rasa kau lebih baik cari lelaki yang lebih elok daripada aku ''
WHAT?
Dia cakap yang dia tak sebaik yang didot rasa. itulaa inilaa... What what what?? Didot tak boleh nak dengar itu semua. Ini pertama kali didot luahkan dekat lelaki and pertama kali kene reject macam tu. Huh! But dengan muka poker face yang teramat, Didot diam and dengar penjelasan dia. Tapi hati dah hancur sangat.

The next day, Didot buat macam nothing happen. Ignore all the bullshit that is going through my heart and mind. Tetapi, didot tetap jadi kawan dia, Didot taknak sebabkan insiden itu, everything change. Masing masing tak layan antara satu sama lain. But itu je la hubungan kita sekarang, hanya kawan :')
Bulan lepas bulan lalu, kalau orang biasa, dah lama lupakan and ada pengganti baru. Didot pulak, tak boleh nak bawa diri untuk menyukai orang lain sebab didot tau, hati didot takkan berubah untuk dia. Everywhere I go, didot akan fikir dia dulu. Tapi didot mmg rasa yang didot tak ada chance langsung untuk bersama dia. Ramai kawan didot tanya, why him? kenapa tak cari lain? What if kalau dia dah berpunya?
Jawapan didot : biarlaa macam mana pun, didot akan tunggu untuk dia. Sebab akhirnya didot tau and rasa apa itu rasa sayang kepada seseorang itu. Cinta kah? Didot pun takut nak cakap :) But apa yang didot tau, Didot taknak lepaskan kasih sayang untuk dia kepada orang lain.
Didot tak mengharap pun, didot cuma taknak lupakan dia macam tu sahaja. Didot mmg dah di kecewa pada malam itu pun. Tapi, apa salahnya kalau nak teruskan sayang pada si dia. Biarpun sebagai kawan, kaaaan?" Didot, jangan mengharap sangat... Nanti kau kecewa! " kata kawan kawan aku
Lama kelamaan, batch kami akhirnya habis sem 1 and nak kene hantar pergi practical. Damn, confirm didot rindu nnt. Dan benda yang amat memalukan didot, didot terlepas air mata didot depan dia. YA ALLAH! Jatuh maruah ku ini. Didot kalau boleh, taknak tunjuk air mata didot di depan lelaki takut akan diguna sebagai kelemahan didot, tetapi dia pun sudah nampak. Biarlaa, nak buat macamana, benda dah lepas.
Seminggu dua dia di sana, rindu didot memang sangat laa besar. huh! Didot diam saja, adalaa jugak mesej mesej dia sebab nak lepaskan rindu. Haha! Jiwang siot... Lame kelamaan, didot dapat tau yang geng dekat sana ada hal dengan manager dia. Last last tgk, dia berhenti sana and dah pulang ke SEGi. Ya Allah, terkejot benar den! Tapi ada rasa happy jugak pun ada. Didot tolong dia untuk dapatkan interview ke tempat didot yang practical. Akhirnya, dia dapat interview :) Lepas itu, didot dengan dia dah mula rapat balik. Rindu sangat berborak dengan dia. Haha! Macam nak nangis pulak... Time tgh tunggu tempat didot call dia, kita lepak sesama. Pergi ke karaoke, duduk kedai mamak sampai pagi, pergi uptown sesama. Wow, memang happy !

Dia siap tanya dekat kawan didot tu, didot ada hati untuk lelaki lain ke? Untuk tau jawapan dari mulut didot
No.
Hanya mu sorang je yang den sayang. Hanya mu sorang je yang den ada
hati. Hanya mu sorang yang den suka sejak dari dulu, sampai sekarang dan
mungkin sampai bila bila, abe. Hanya mu sorang den akan cari nanti hari
kelak. Hanya mu sorang je yang boleh buat den tersenyum sorang sorang.
Hanya mu sorang yang den tau akan buat den gembira sehingga tidak ingat
dunia dan hanya abe sorang yang buatkan Saiyidah tau apa itu makna
sayang sebenarnya :)
Insyaallah, Didot tetap akan menanti . Sekian terima kasih.